WAKTU SEKARANG

ANDA PENGUNJUNG KE:

free web counter
free web counter

INFO@SKTJ

WAKTU SOLAT

LAPORAN CUACA

KOMUNITI@SKTJ

KESIHATAN

JENAYAH

SHARLINI

HALL OF FAME

HALL OF FAME

DOWNLOAD LAGU

MARI BELAJAR ILMU ICT

LIVE TRAFFIC FEED

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PSS - Isnin, 2 Feb 2009
Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah disampaikan oleh SI Hj Mohd Nasir bin Hasan, Pegawai Cawangan Hal Ehwal Awam IPD Kajang pada 2/2/2009 bertempat di Dataran Jasmin, SKTJ. Syabas dan Tahniah kepada murid yang dilantik, semoga dapat menjalankan tugas dengan baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab. Berikut dipaparkan gambar sekitar majlis tersebut.

posted by azharshafiei @ 9:02 PM   0 comments
PROGRAM MAJU DIRI 2009 - 12 - 14 Jan 2009
Program Maju Diri 2009 telah dirasmikan oleh Puan Hjh Maznah bt Mohd Sedek, Guru Besar SKTJ pada 12/1/2009 bertempat di Dataran Jasmin. Program ini dilaksanakan oleh Unit Bimbingan Kaunseling yang diketuai oleh En Azhar b Shafiei bertujuan untuk menyediakan diri murid-murid sebelum bermulanya P&P. Program ini dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan. Semoga program ini dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dari aspek jasmani, emosi dan rohani. InsyaAllah.

posted by azharshafiei @ 9:00 PM   0 comments
SELAMAT DATANG KE UBK SK TAMAN JASMIN

posted by azharshafiei @ 10:07 AM   0 comments
PROGRAM SAYANGI DIRI ANDA - Selasa, 23 September 2008
Program Sayangi Diri Anda telah dilaksanakan pada hari Selasa, 23 September 2008 bertempat di Foyer Sekolah dan Bilik UBK SK Taman Jasmin. Program anjuran UBK SKTJ dan guru pelatih ini merangkumi beberapa aktiviti seperti ceramah oleh Aktivis NGO jemputan, En Hamidon b Abd Samad, Pertandingan Kuiz, serta pameran oleh AADK dan Pihak Polis.



posted by azharshafiei @ 5:45 AM   0 comments
SEMINAR BRILLIANT STUDENTS - PECUTAN AKHIR UPSR
Satu seminar bertajuk Brilliant Students - Pecutan Akhir UPSR telah diadakan pada 1/8/2008 untuk murid-murid tahun 6 sebagai persediaan terakhir bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang hampir tiba. Ceramah telah disampaikan oleh En. Badrul dari Syarikat Az-Zahra (AMPAC).

Diharap murid-murid tahun 6 mendapat manfaat di atas seminar yang dianjurkan tersebut. Kepada murid-murid tahun 6, pelbagai program telah disediakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi anda semua, diharap anda semua dapat memberikan berita gembira kepada ibubapa dan guru-guru semua apabila keputusan UPSR diumumkan kelak! Semoga Berjaya!
posted by azharshafiei @ 4:00 PM   0 comments
KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SELANGOR 2008
Sebahagian gambar sekitar Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Selangor 2008 yang telah diadakan di SMK Kuala Kubu Bharu baru-baru ini.

posted by azharshafiei @ 3:23 PM   0 comments
KEM MOTIVASI PENGAWAS SEKOLAH & PSS
Kem Motivasi Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada hari Sabtu (12/04/2008). Program ini dianjurkan oleh Unit Disiplin & Pengawas beserta Unit Pusat Sumber dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan & Kaunseling.




Pelbagai program telah diaturkan antaranya ceramah bertajuk "Pengawas Tunggak Kecemerlangan" yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Zainuddin b Zakaria, Kaunselor dari SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi.Dalam program tersebut Pengawas Sekolah & PSS telah dibimbing dan didedahkan dengan pelbagai cara dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.



posted by azharshafiei @ 4:49 PM   0 comments
SESI MOTIVASI OLEH AJK PIBG UTK MURID TAHUN 6
Alhamdulillah, pagi tadi telah diadakan satu sesi motivasi untuk murid tahun 6 oleh AJK PIBG yang diketuai oleh YDP PIBG sendiri, Encik Ismail b Khalil. Mereka telah memberi semangat dan kata-kata perangsang untuk murid-murid tahun 6 sebagai persediaan untuk peperiksaan UPSR nanti. Terima kasih kepada AJK PIBG yang terlibat dan sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam usaha untuk meningkatkan prestasi akademik. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.


posted by azharshafiei @ 4:49 PM   0 comments
CERAMAH MOTIVASI OLEH EN MOHD ZAINUDDIN ZAKARIA


Sedutan video ceramah motivasi Pengawas Sekolah & PSS yang disampaikan oleh En Zainuddin Zakaria, Kaunselor SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi.
posted by azharshafiei @ 4:49 PM   0 comments
SESI MOTIVASI OLEH DR. KHAIRUL KHASIMI
Satu sesi motivasi telah diadakan pada hari Selasa (01/04/2008) bertempat di Foyer SKTJ. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Dr. Khairul Khasimi b Abd Aziz. Seramai 509 murid terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 mengikuti sesi motivasi tersebut.



Diharap sesi motivasi tersebut dapat meningkatkan keyakinan dan semangat murid-murid untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
posted by azharshafiei @ 4:48 PM   0 comments
USIK-USIK

posted by azharshafiei @ 4:05 AM   0 comments
PERSIAPAN BELAJAR BERMULA SEKARANG

SERONOK BELAJAR Oleh Dr. ISMAIL ZAIN


Ilustrasi Oleh Khazim

PERSIAPAN awal tahun boleh menjadikan anda pelajar yang cemerlang apabila tiba peperiksaan besar pada akhir tahun.

Persiapan seawal mungkin penting untuk memulakan proses belajar.

Tanpa persiapan yang baik, boleh menjadikan anda malas belajar.

Hal ini akan merugikan pelajar sendiri kerana sifat malas akan menjejaskan penumpuan belajar serta mudah terjerumus dalam gejala ponteng sekolah.

Oleh yang demikian marilah kita lihat bagaimana kita boleh membuat persiapan untuk belajar terutamanya di awal tahun ini.

1. Kekemasan diri. Pastikan kekemasan diri seperti kekemasan rambut, baju dan pakaian dalam keadaan yang sempurna.

Elakkan daripada berambut panjang atau berpakaian selekeh kerana ini mengurangkan semangat untuk belajar.

2. Alatan sekolah. Buku, alat tulis dan buku nota yang sesuai harus disediakan supaya anda dapat mengikuti pelajaran daripada guru tanpa gangguan.

3. Disiplin diri. Setiap pelajar perlu mempunyai disiplin diri seperti rajin datang ke sekolah, belajar dengan tekun serta menghindari segala perbuatan yang melanggari tatasusila atau peraturan sekolah.

Disiplin diri penting kerana dapat melatih diri kita supaya lebih bertanggungjawab serta mampu menumpukan perhatian ketika belajar.

4. Keazaman diri. Anda perlu mempunyai keazaman diri iaitu semangat untuk belajar. Hal ini adalah penting kerana selain daripada semangat yang diberikan oleh guru atau ibu bapa, semangat juga harus dipupuk daripada dalam diri sendiri.

Seseorang pelajar yang bersemangat mampu menempuh segala cabaran dengan penuh kesabaran. Manakala pelajar yang tidak bersemangat mudah kecewa serta cepat menyerah kalah ketika berhadapan dengan cabaran.

Oleh itu anda perlu membuat persiapan dengan rapi agar tahun 2008 ini mampu ditempuhi dengan penuh kejayaan. Selamat menyambut tahun 2008.

posted by azharshafiei @ 4:00 AM   0 comments
PELAJAR CONTOH

Cemerlang bukan untuk cipta rekod


ALIMUDDIN Mohd. Dom mengucapkan tahniah pada pelajar cemerlang SPM 2007 Azali Azlan dan Quek Khai Ren atas kejayaannya memperolehi 21 A dan 16 A dalam semua mata pelajaran yang diambil selepas pengumuman keputusan SPM di Kementerian Pelajaran, Putrajaya baru-baru ini.


SATU lagi rekod dicipta apabila Azali Azlan, 18, mendapat 21 A di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang diumumkan baru-baru ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan, Kedah ini berjaya memecah dominasi kecemerlangan pelajar wanita sejak tahun 2004 iaitu Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A (SPM 2004), Esther Elizabeth Jack 15 1A (SPM 2005), Nadiah Amirah Jamil dan Siti Fatimah Mukhtar masing-masing mendapat 18 A pada SPM 2006.

Seorang lagi pelajar cemerlang SPM 2007, Quek Khai Ren, 18, dari SMK Hwa Lian, Mentakab, Pahang berjaya mendapat 16 1A.

Manakala pelajar SMK Gelang Patah, Johor, Norlaila Najwa Abdullah, 18, berjaya memeperoleh 16 1A dan tiga 2A.

`Saya mengambil 21 subjek bukan untuk memecahkan rekod sebaliknya sebagai hadiah penghargaan kepada guru dan ibu bapa,` kata Azali.

Trend mengambil banyak subjek dan berlumba-lumba mengumpul A masih berterusan walaupun tidak digalakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Namun Azali sememangnya pelajar luar biasa kerana beliau juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 di samping aktif sebagai pembahas sekolah. Beliau juga bendahari kepada Lembaga Pengawas sekolahnya.

Pelajar cemerlang bukan sahaja diukur dari segi intelek iaitu pencapaian akademiknya tetapi juga jasmani, rohani dan emosinya.

Justeru, semua pelajar perlu mencontohi kejayaan pelajar cemerlang ini dari segi usaha, disiplin dan komitmen untuk berjaya tetapi bukan bertujuan untuk memecah rekod semata-mata hingga melupakan aktiviti kokurikulum demi mendapat banyak A.

posted by azharshafiei @ 3:13 PM   0 comments

KALENDAR

KAUNSELOR ANDA

azharshafiei

RANKING

RANKING PORTAL PPD HULU LANGAT

LAMAN BLOG SEKOLAH

PAUTAN UTAMA

sembangcikgu

bicaracikgu

BULETIN KAUNSELOR HULU LANGAT

PAUTAN RAKAN KAUNSELOR

kaunselorhululangat

bangi

nanding

rinching

sgserai

SHOUT BOX

Free chat widget @ ShoutMix
GAMBAR AKTIVITI 2008
GAMBAR AKTIVITI 2007
PAUTAN PENDIDIKAN

KPM

jpns

ppdhl

ONLINE NEWSPAPER

UTUSAN

BHARIAN

HMETRO

THESTAR

NST

MMAIL

E-MEL

Yahoo

Hotmail

MSN MESENGGER

YAHOO MESENGGER

© UNIT KAUNSELING SK TAMAN JASMIN by Mohamad Fadli Mansor Unit ICT SK Taman Jasmin