Kem Motivasi Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada hari Sabtu (12/04/2008). Program ini dianjurkan oleh Unit Disiplin & Pengawas beserta Unit Pusat Sumber dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan & Kaunseling.
Pelbagai program telah diaturkan antaranya ceramah bertajuk "Pengawas Tunggak Kecemerlangan" yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Zainuddin b Zakaria, Kaunselor dari SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi.Dalam program tersebut Pengawas Sekolah & PSS telah dibimbing dan didedahkan dengan pelbagai cara dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.
|