Satu seminar bertajuk Brilliant Students - Pecutan Akhir UPSR telah diadakan pada 1/8/2008 untuk murid-murid tahun 6 sebagai persediaan terakhir bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang hampir tiba. Ceramah telah disampaikan oleh En. Badrul dari Syarikat Az-Zahra (AMPAC).
Diharap murid-murid tahun 6 mendapat manfaat di atas seminar yang dianjurkan tersebut. Kepada murid-murid tahun 6, pelbagai program telah disediakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi anda semua, diharap anda semua dapat memberikan berita gembira kepada ibubapa dan guru-guru semua apabila keputusan UPSR diumumkan kelak! Semoga Berjaya!
|